Perancangan dan pengurusan perwarisan adalah merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan. Perancangan dan Pengurusan Perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya.
AmanahRaya akan menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjaimn dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat pengamanahan terulung di Malaysia, AmanahRaya sentiasa dan sedia membantu dalam menyelesaikan kesulitan anda.
Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpulkan semasa hidup. Pewarisan Harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang selepas kematian.
WASIAT
Wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk arahan kepada Wasi/Pentadbir Pusaka untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah menyelesaikan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
SYARAT-SYARAT
Wasiat Islam
-Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat yang terkecuali daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
-Hanya 1/3 daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. 2/3 daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut hukum faraid.
-Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi 1/3 sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
-Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
-Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958
FAEDAH PENULISAN WASIAT
-Pelantikan Wasi/Pentadbir Harta melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian. Dapat melahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang.
-Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
-Perlantikan Penjaga yang dipercayai melalui dokumen wasiat akan menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak selepas kematian anda.
-Mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.
PENULISAN, PENYIMPANAN DAN PERLAKSANAAN WASIAT
AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat dengan bayaran perkhidmatan berpatutan. proses penyediaan dokumen wasiat di AmanahRaya dibuat secara profesional mengikut undang-undang Islam dan sivil. Penyimpanan dokumen Wasiat sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. Proses Pelaksanaan Wasiat selepas kematian Pewasiat dilakukan secara efektif bagi memastikan segala hasrat Pewasiat terlaksana dengan sewajarnya.
Klausa Penting dokumen wasiat
-Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
-Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.
-Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.
-Arahan untuk melunaskan segala hutang
-Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.
-Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.
-Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.
Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat.
PENYIMPANAN WASIAT
Dokumen wasiat perlu disimpan dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya dan terhindar daripada pemalsuan serta pengubahan yang tidak sah. Pemilihan Penyimpan Wasiat harus dititikberatkan agar Wasiat anda dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah selepas kematian.
PERLAKSANAAN WASIAT
Sebagai Wasi, AmanahRaya akan melaksanakan urusan penyelesaian dan pengagihan harta pusaka berwasiat dengan cepat dan profesional.
Pentadbiran Harta Pusaka penting bagi memastikan Harta Pusaka Simati dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli waris yang berhak dan terbiar begitu sahaja. Pentadbiran Harta Pusaka seharusnya diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan penganiayaan berlaku serta menghindari kerumitan ahli-ahli waris terhadap harta pusaka tersebut.
MASALAH BERBANGKIT DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
1. Tiada perlantikan Wasi atau Pentadbir harta pusaka
2. Dokumen yang diperlukan tidak lengkap seperti ketiadaan Sijil Kematian, dokumen berkaitan harta dan hutang (contohnya buku simpanan bank, geran , kereta, geran tanah dan lain-lain)
3. Tiada kerjasama yang baik daripada waris-waris Simati. Waris-waris tidak hadir ketika perbicaraan dijalankan.
4. Tiada persefahaman dan berlaku persengketaan di antara waris-waris Simati.
5. Tanggapan pentadbiran harta pusaka tidak penting dan menyusahkan.
6. Kurang kesedaran dalam perancangan harta-pusaka.
7. Berlaku kematian berlapis yang mengakibatkan pentadbiran pusaka sukar untuk diselesaikan.
PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
Permohonan
Pemohon harus mengisi Borang Permohonan Mentadbir Harta Pusaka dan dilengkapi dengan dokumen-dokumen penting Sijil Kematian/Bukti kematian, Sijil Nikah, Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran waris, dokumen yang menunjukkan hak Simati atas sesuatu harta contohnya buku simpanan bank, geran kereta dan lain-lain.
Penyiasatan
Penyiasatan aset, hutang dan kedudukan waris Simati akan dijalankan dengan menyiasat dan membuat pertanyaan kepada pihak yang berkenaan.
Pengesahan
Pengesahan daripada bank atau pihak-pihak yang berkenaan mengenai aset dan hutang Simati
Pengeluaran Surat Kuasa
Proses pengeluaran Suratkuasa Mentadbir (SKM) oleh AmanahRaya bergantung kepada Seksyen pentadbiran bagi sesuatu harta pusaka tersebut.
Penghasilan
Harta pusaka akan dikumpulkan selepas Suratkuasa Mentadbir dikeluarkan. Contohnya, sekiranya wang Simati terdapat dalam akaun simpanan di bank, AmanahRaya akan mengemukakan salinan Suratkuasa Mentadbir kepada bank dan pihak bank akan membuat cek bayaran atas nama AmanahRaya. Wang yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam akaun Simati di AmanahRaya.
Pembahagian
Pembahagian Harta Pusaka ditentukan selepas ditunaikan perbelanjaan pengebumian, hutang, harta amanah, harta sepencarian dan wasiat Simati. Setelah harta pusaka ditentukan, AmanahRaya akan membahagikan harta pusaka tersebut kepada waris-waris yang layak menerima.
-Beragama Islam
Pembahagian dibuat mengikut hukum faraid, tetapi sekiranya ahli waris membuat suatu persetujuan dan mengemukakan Surat Persetujuan di dalam pembahagian harta pusaka. Pembahagian akan dibuat mengikut Surat Persetujuan yang disepakati bersama.
-Bukan Islam
Bagi Simati yang meninggalkan wasiat, pembahagian pusaka akan dibuat mengikut wasiat. Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958. Akta tersebut memperuntukkan bahagian yang akan diterima oleh waris.
Pengagihan Harta dan Penutupan Kes
Harta Pusaka akan diagihkan kepada ahli waris atau benefisiari yang berhak. Setelah itu, kes pusaka akan didaftarkan sebagai pusaka yang telah selesai dan ditutup. Waris yang berumur 18 tahun ke bawah , bahagiannya akan dimasukkan ke Akaun Amanah di AmanahRaya dan dibelanjakan mengikut keperluannya. Setelah berusia 18 tahun, baki Akaun Amanah tersebut akan diserahkan kepadanya.
-Akaun Amanah penting bagi memastikan Penerima/Benefisiari dilindungi di sisi undang-undang dan terpelihara daripada masalah yang membebankan mereka di kemudian hari.
-Akaun Amanah juga tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu diagihkan menurut hukum faraid (bagi yang beragama Islam) atau mengikut Akta Pembahagian 1958 (bagi yang bukan beragama Islam)
-Penderma/Donor dapat memperuntukkan sebahagian harta yang diamanahkan kepada mana-mana Benefisiari yang dikehendaki untuk tujuan tertentu mengikut kehendak Penderma/Donor
-Melindungi Benefisiari terutamanya Benefisiari di bawah umur atau orang kurang upaya dengan pelantikan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah bagi Akaun Amanah tersebut
Pengagihan Harta dan Penutupan Kes
Harta pusaka akan diagihkan kepada ahli waris atau benefisiari yang berhak. Setelah itu, kes pusaka akan didaftarkan sebagai pusaka yang telah selesai dan ditutup. Waris yang berumur 18 tahun , bahagiannya akan dimasukkan ke Akaun Amanah ke bawah , di AmanahRaya dan dibelanjakan mengikut keperluannya. Setelah berusia 18 tahun, baki Akaun Amanah tersebut akan diserahkan kepadanya.
Kelebihan Akaun AmanahRaya
Pengagihan Harta yang Cepat dan Mudah
Harta Amanah tidak termasuk dalam Harta Pusaka. Oleh yang demikian, Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir tidak diperlukan untuk tujuan pelaksaan hasrat Penderma/Donor. Harta Amanah tersebut akan terus ditadbir oleh AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah sepertimana terma-terma dalam surat Ikatan Amanah yang dipersetujui bersama.
Jaminan Perlindungan
Akaun Amanah anda sentiasa terjamin dan dilindungi serta diurus tadbir dengan efektif dan profesional
Pelaburan yang Menguntungkan
Akaun Amanah menjamin pulangan dan keuntungan pelaburan yang tinggi. Pelaburan jangka panjang ini mampu memberi faedah dan manfaat yang baik kepada Penderma/Donor serta Benefisiari bagi Akaun Amanah tersebut. Labih menarik lagi tiada caj fi pengeluaran kenaikan.
Jenis-jenis akaun amanah mengikut keperluan anda
-Amanah Institusi
Mana-mana institusi, syarikat atau organisasi awam seperti kesatuan pekerja, badan kebajikan, koperasi, yayasan dan tabung persaraan boleh menubuhkan Akaun Amanah Insitusi untuk manfaat benefisiari yang dinamakan.
-Amanah Safecare
Mana-mana individu boleh membuka Akaun Amanah ini untuk benefisiari yang ditentukan sendiri oleh mereka bagi tujuan dana pendidikan, sara hidup atau seumpamanya.