26 Ramadan 1431 bersamaan
menu
ID
Katalaluan
 

[ lagi eTaklimat ]


Hebahan

Sila muat turun dokumen ini:

1. Kod Etika Perniagaan - COBE
2. Surat pekeliling


Semua Ejen Diwajibkan Menandatangani m/s 8 Kod Etika Perniagaan dan kembalikan ke Pejabat Perfect Will Services ASAP. Terima kasih
     
Soalan SOALAN LAZIM

 PERANCANGAN DAN PERANCANGAN PERWARISAN
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid?
Faraid ialah hukum pewarisan dan ketentuan hak terhadap pembahagian harat pusaka bagi org Islam berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
 
Bilakah permohonan Pentadbiran Harta Pusaka wajar dilakukan?
Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kematian berlapis kepada waris-waris kerana ini akan meramaikan waris pengganti sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumit dan sukar diselesaikan.
 
Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Mentadbir?
Pemegang Surat Kuasa Mentadbir atau biasa juga disebut 'Pentadbir' ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian pusakan kecil atau oleh Mahkamah melalui pembahagian Pusaka Tidak Berwasiat melebihi RM600,000. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta pusaka Simati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan.

 PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
 
Apakah yang akan terjadi sekiranya Pentadbiran Harta Pusaka tidak dilaksanakan?
Harta pusaka anda akan dibekukan atau terbiar dan segala transaksi aset tidak dapat dilaksanakan. Waris-waris akan menghadapi kesulitan kewangan kerana tidak memanfaatkan harta yang telah ditinggalkan.
 
Siapakah yang boleh mewarisi harta Simati?
Sekiranya Simati seorang yang beragama Islam, waris-waris ialah sebagaimana ditetapkan dalam hukum faraid seperti bapa, ibu, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya. Bagi yang bukan beragama Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat keturunan ke bawah.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid?
Faraid ialah hukum pewarisan dan ketentuan hak terhadap pembahagian harat pusaka bagi org Islam berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
 
Bilakah permohonan Pentadbiran Harta Pusaka wajar dilakukan?
Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kematian berlapis kepada waris-waris kerana ini akan meramaikan waris pengganti sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumit dan sukar diselesaikan.
 
Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Mentadbir?
Pemegang Surat Kuasa Mentadbir atau biasa juga disebut 'Pentadbir' ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian pusakan kecil atau oleh Mahkamah melalui pembahagian Pusaka Tidak Berwasiat melebihi RM600,000. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta pusaka Simati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan.

 WASIAT
 
Siapakah Wasi dan apa peranannya?
Wasi ialah individu atau organisasi yang dilantik dan berperanan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat.
 
Bolehkah saya menulis Wasiat sedangkan hutang saya melebihi daripada aset?
Anda boleh menulis Wasiat, akan tetapi hutang anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki harta pusaka boleh dibuat kepada benefisari.
 
Apakah dokumen yang perlu dikumpulkan dalam penyediaan dokumen wasiat?
Dokumen-dokumen yang perlu adalah salinan Kad Pengenalan Pewasiat dan Waris, Surat Beranak Waris dan dokumen yang menunjukkan hak Simati atas sesuatu harta misalnya geran tanah atau rumah, nombor akaun KWSP dan sebagainya.

 AKAUN AMANAH
 
Apakah jenis harta yang boleh diamanahkan di bawah Akaun Amanah?
Harta alih dan harta tak alih seperti wang tunai, saham atau hartanah.
 
Adakah Akaun Amanah akan dibekukan sebaik sahaja Penderma/Donor meninggal dunia?
Akaun ini tidak dibekukan kerana tidak termasuk sebagai Harta Pusaka Penderma. Harta yang diamanahkan akan ditadbir oleh Pemegang Amanah seperti yang termaktub di dalam Suratikatan Amanah di antara Penderma/Donor dan Pemegang Amanah.
 
Apakah perbezaan di antara Akaun Amanah dan Akaun Simpanan Tetap bank?
Perbezaan yang ketara ialah Akaun Amanah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah yang dilantik dan mengurus akaun tersebut berdasarkan Suratikatan Amanah untuk kepentingan dan faedah penerima Amanah (benefisari), sedangkan Akaun Simpanan Tetap di bank akan menjadi harta pusaka apabila penyimpan tidak sempat mengeluarkan simpanan sebelum kematian Penyimpan.
 
 
© Webmaster www.arowanagold.com  
:: PERFECT WILL SERVICES Corporate Agent Amanah Raya Berhad ::
 

Fatal error: Cannot redeclare class HijriCalendar in /hermes/bosweb/web206/b2065/ipw.wasiatbiz1/public_html/cal_hijri.php on line 4